Lelaki Tikam Diri Sendiri Selepas Bunuh Teman Wanita

Lelaki Tikam Diri Sendiri Selepas Bunuh Teman Wanita

0
SHARE

MELAKA – Seorang lelaki bertindak membunuh kekasihnya sebelum menikam dirinya sendiri menggunakan pisau sayur dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Merdeka, di sini, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, dipercayai berlaku persilihan faham antara pasangan berusia 20-an yang menyebabkan kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Christopher Patit berkata, maklumat awal yang diterima, rakan kepada mangsa wanita telah datang ke kediaman tersebut selepas mangsa menghubunginya untuk meminta tolong.

“Sebaik pihak polis tiba di lokasi, didapati rumah dalam keadaan berkunci dan pihak polis berjaya masuk ke dalam dengan bantuan petugas bomba sebelum menjumpai dua mayat pasangan itu.

“Siasatan awal kita syaki wanita itu telah dibunuh sebelum suspek lelaki bertindak menikam diri sendiri,” katanya ketika dihubungi…

Menurutnya lagi, hasil siasatan awal pembunuhan dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan tersebut.

“Mangsa wanita sempat meminta tolong kepada rakannya memberitahu mengenai pertengkaran yang berlaku, jadi kita syaki terdapat salah faham dalam perhubungan mereka.

“Kita juga menjumpai satu botol minyak tanah berhampiran si mati dan mengesyaki dia telah minum bahan bakar itu untuk membunuh diri, namun gagal,” katanya.

Tambahnya, pihak polis juga menjumpai kesan tikaman dan pisau pada dada si mati lelaki, selain pemeriksaan aplikasi Mysejatera mendapati mangsa wanita disahkan positif Covid-19.