PENAMPANG, SABAH – Seorang remaja perempuan 16 tahun berganti nyawa dengan adik bongsunya selepas terkorban akibat lemas di Sungai Moyog, Kampung Kambau, sini.
Kejadian 11.14 pagi tadi bermula apabila mangsa cuba menyelamatkan adik bongsunya yang tiba-tiba hanyut dibawa arus.
Namun setelah adiknya berjaya diselamatkan mangsa dilihat telah tenggalam dan dikhuatiri lemas.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya bertindak atas maklumat orang awam sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang telah bergegas ke tempat kejadian.
“Anggota polis mendapati mangsa bersama tiga (3) lagi adiknya dikatakan telah mandi sungai berhampiran rumah mereka pada jam lebih kurang 9.00 pagi…
“Adik mangsa telah pulang ke rumah dan memaklumkan kepada ibu bapa mereka mengenai kejadian tersebut.
“Hasil daripada bantuan penduduk setempat, mangsa telah ditemui tidak jauh dari tempat kejadian,” beliau berkata dalam sebuah kenyataan.





