Siti Sarah Menghembuskan Nafas Terakhirnya Awal Pagi Tadi

Siti Sarah Menghembuskan Nafas Terakhirnya Awal Pagi Tadi

0
SHARE

KUALA LUMPUR Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, menghembuskan nafas terakhirnya tepat pukul 5.13 awal pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pemergian isteri kepada pelawak Shuib itu selepas dia bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19.

Khabar ducakita itu disahkan oleh pengurus Siti Sarah, Nana Mohd Rom berkata Shuib kini dalam perjalanan ke hospital.

Siti Sarah pada Jumaat selamat melahirkan bayi lelaki berusia 8 bulan melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan itu untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih berisiko.

“Saya baru mendapat maklumat daripada Shuib bahawa Siti Sarah sudah meninggal dunia,” kata Nana kepada pengamal media.

Sementara itu,  pemergian isteri tersayang yang disifatkan sebagai ‘Bidadari syurga’ itu disahkan sendiri oleh Shuib menerusi satu muat naik di laman Instagramnya hari ini.

Terdahulu pada 25 Julai , Siti Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif COVID-19 selepas pembantu rumah mereka dijangkiti virus tersebut.

Siti Sarah dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) selepas tahap oksigen semakin tidak stabil dan terus menurun.

Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 2011 sebelum ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun, Ariq Matin, 6 tahun dan yang keempat berusia baru 8 bulan.