Olimpik Tokyo 2020 Secara Rasminya Diisytiharkan Tamat Malam Tadi

Olimpik Tokyo 2020 Secara Rasminya Diisytiharkan Tamat Malam Tadi

0
SHARE
Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo (kanan) mengibarkan bendera Olimpik sambil diperhatikan Presiden IOC Thomas Bach (tengah) dan Gabenor Tokyo, Yuriko Koike di Stadium Olimpik dekat Tokyo...(Sumber Foto: AFP)

TOKYO, JEPUN – Ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach secara rasminya mengisytiharkan temasya sukan berprestij dunia Olimpik Tokyo 2020 telah tamat pada malam tadi.

Thomas Bach menyifatkan temasya kali ini sebagai “pengembaraan Olimpik paling mencabar” kerana tergendala dan tertangguh akibat pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

“Kini saya akan menandakan penamat pengembaraan Olimpik paling mencabar ke Tokyo: Saya mengisytiharkan temasya ke-32 Olimpik ditutup,” katanya yang dipetik AFP.

Sementara itu bendera Olimpik diserahkan kepada Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo untuk temasya 2024.

Hidalgo mengibarkan bendera berkenaan yang dihiasi lima gelung Olimpik selepas menerimanya daripada Bach.