DBKK Kompaun 3 Premis Dan Individu Langgar SOP Di Sekitar Pusat Bandar...

DBKK Kompaun 3 Premis Dan Individu Langgar SOP Di Sekitar Pusat Bandar Kota Kinabalu

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – TIGA (3) premis dan individu di sekitar Pusat Bandar Kota Kinabalu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dikompaun pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada kelmarin (Ahad).

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata pihak DBKK menjalankan pematuhan pemeriksaan SOP ke atas 356 premis perniagaan dan 1425 individu di 18 kawasan.

“Tiga (3) kompaun dikenakan ke atas premis dengan kesalahan premis melebihi had jumlah pelanggan iaitu Thai Seng Supermarket Sdn. Bhd dan di Restoran Hameed Maju 24 Jam, Aeropod…

“Selain itu, tiada pengimbas suhu di Premis Penjaja Ikan di Lorong Damai, Tai Tet,” katanya.

Datuk Seri Masidi Manjun…

Dua (2) individu dikompaun dengan kesalahan gagal mendaftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera atau Buku Pendaftaran di Flypod Restaurant, Aeropod.

Sementara itu seorang lagi kerana tidak memakai pelitup muka (facemask) atau tidak memakainya dengan betul juga di Aeropod.

Enam kompaun ini adalah daripada sebanyak 38 jumlah keseluruhan kompaun melanggar SOP COVID-19 yang telah dikeluarkan di seluruh Sabah pada hari tersebut.

Masidi menjelaskan 12 individu gagal mendaftar masuk premis, 13 orang gagal memakai pelitup muka, empat (4) orang merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, lapan (8) orang keluar rumah tanpa alasan munasabah dan satu (1) orang ingkar perintah kuarantin.