Bung Cabar Shahelmey, Andi Buktikan Kekuatan Tanpa BN

Bung Cabar Shahelmey, Andi Buktikan Kekuatan Tanpa BN

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin mencabar Datuk Ir. Shahelmey Yahya dan Datuk Andi Suryady Bandy supaya membuktikan mereka masih kuat tanpa sokongan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

“Kalau betul mahu bertanding, tunjukkan keberanian sebenar bukan berselindung di sebalik kuasa hasil pengkhianatan terhadap perjuangan BN,” katanya.

Bung berkata kemenangan Shahelmey (Tanjung Keramat) dan Andi (Tanjung Batu) pada PRN16 serta PRU15 bukan kerana kekuatan peribadi tetapi hasil jentera dan pengaruh BN.

Beliau menyifatkan kedua-duanya sebagai simbol politik tanpa pendirian dan menegaskan UMNO-BN bersedia menamatkan “legasi pengkhianatan” itu pada PRN17.

“Rakyat Sabah sudah matang menilai. Dalam politik, pengkhianatan mungkin memberi kuasa sementara, tetapi pengkhianat tidak akan dihormati sejarah,” katanya.