500 Atlet Sertai E-Sukan SAGA XI: MLBB, e-Football, Tekken Jadi Tumpuan

500 Atlet Sertai E-Sukan SAGA XI: MLBB, e-Football, Tekken Jadi Tumpuan

0
SHARE

TAWAU: Seramai 500 atlet termasuk jurulatih dan pegawai pasukan menyertai pertandingan sukan elektronik (e-Sukan) sempena Sukan Sabah Ke-11 (SAGA) 2025 yang berlangsung dari 11 hingga 16 Oktober.

Pengarah Pertandingan, Usman Ibrahim berkata, tiga permainan dipertandingkan iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), e-Football dan Tekken. 

Sebanyak 26 pasukan lelaki dan 19 pasukan wanita menyertai MLBB, manakala e-Football disertai lapan pasukan wanita dan 20 pasukan lelaki. Lima pingat emas ditawarkan keseluruhan.

Bagi acara silat yang menawarkan 26 pingat emas, Ketua Teknikal Delegasi, Moksin Shaari berkata, seramai 1,000 peserta termasuk pegawai dan pengurus pasukan mengambil bahagian mewakili 30 daerah.

Pertandingan berlangsung selama lapan hari bermula 10 Oktober, merangkumi kategori Silat Tanding dan Silat Seni.

Sementara itu, acara karate di Dewan Ixora MRSM Tun Mustapha menawarkan 16 pingat emas menerusi dua disiplin iaitu Kata (dua emas) dan Kumite (14 emas). Pusingan akhir dijadual berlangsung petang Ahad.

Dalam acara hoki lelaki, Kota Belud menewaskan Kota Marudu 6-2 manakala tuan rumah Tawau mengalahkan Kota Kinabalu 6-3 dalam aksi menarik di Kompleks Sukan Tawau.

SAGA XI 2025 yang berlangsung dari 8 hingga 17 Oktober menghimpunkan 9,000 atlet dan pegawai teknikal dari 30 pasukan seluruh Sabah, dengan 24 acara sukan dipertandingkan di pelbagai lokasi utama sekitar Tawau.