NGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Rakyat Terkesan Akibat COVID-19

NGO Perlu Bersama Kerajaan Bantu Rakyat Terkesan Akibat COVID-19

0
SHARE
Yakub berucap ketika majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada Kampung Saradan Rampayan Manggatal...

KOTA KINABALU, SABAH – Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sememangnya amat dialu-alukan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Yakub Khan berkata, langkah ini merupakan inisiatif terbaik dalam usaha membantu mereka yang kurang berkemampuan sekali gus bersama-sama membantu menjaga kebajikan masyarakat secara keseluruhanya.

Beliau mengambil contoh inisiatif diambil oleh Kelab Kebajikan Raisul Sabah menyumbang bantuan peralatan sekolah akibat terkesan COVID-19 kepada keluarga kurang berkemampuan.

“Inisiatif kelab itu memperlihatkan keutuhan semangat dan perpaduan masyarakat di kawasan itu yang sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik…

“Usaha ini sudah tentu menjadi contoh badan NGO serta syarikat swasta yang lain agar turut sama membantu mereka yang kurang berkemampuan terutama di kawasan ini,” katanya.

Yakub menyampaikan bantuan kepada pelajar di Kampung Rampayan Menggatal…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan sekolah kepada Kampung Saradan Rampayan Manggatal di sini hari ini.

Yakub yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai berkata, NGO bersama syarikat swasta lain perlu tampil dengan usaha serta inisiatif sendiri dan tidak perlu menunggu bantuan daripada pihak kerajaan.

“NGO diseru agar lebih peka dalam menjalankan tanggungjawab mereka membantu kerajaan menjaga dalam kebajikan rakyat yang memerlukan terutama mereka yang terkesan akibat COVID-19,” katanya.

Turut Hadir, Dr. Haji Omar Raisul As-Salam Syah Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah merangkap Pengerusi Kelab Kebajikan Raisul dan Puan Normah Samsuddin, Ketua Cawangan
UMNO Seradan, Kampung Rampayan.