Keperluan Golongan Muda Dalam Peluang Pekerjaan Berbentuk Gig Terus Diberi Perhatian

Keperluan Golongan Muda Dalam Peluang Pekerjaan Berbentuk Gig Terus Diberi Perhatian

0
SHARE

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau akan terus memberi perhatian terhadap keperluan, minta dan kemahuan golongan muda di kawasan itu.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Darau, Datuk Razali Razi berkata, ia termasuklah mengadakan penganjuran kejohanan bola sepak selain melaksanakan program berbentuk modal insan.

“Pada kejohanan kali ini, saya amat berbangga kerana dapat melihat program ini yang menyentuh kepada golongan muda yang ada di kawasan Sepanggar khususnya belia di Darau dan Karambunai.

“Saya difahamkan sambutan ini amat menggalakkan, InsyaAllah dengan adanya program seperti ini, kita dapat menyelami dan memberikan aktiviti yang diminati golongan muda. Selepas ini kita akan menyusun pula aktiviti yang menjurus kepada modal insan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Bola Sepak sembilan sebelah anjuran Pemuda Gagasan Rakyat DUN Darau di Padang Saga Kampung Likas di sini Ahad lalu.

Dalam pada itu, Razali menjelaskan pendekatan modal insan termasuklah pendidikan, ekonomi dan peluang pekerjaan khususnya yang berbentuk Gig.

“Modal insan maksudnya kita akan menjurus kepada pendidikan dan juga peluang pekerjaan, kita bukan fokus kepada peluang pekerjaan konvensional, tetapi kita juga akan melihat dan memberi fokus kepada peluang pekerjaan berbentuk Gig yang kini menjadi trend.

“Jadi keperluan itu sangat-sangat diperlukan kerana difahamkan Abqaree juga Presiden Majlis Belia Sabah (MBS), jadi ilmu dari segi pengurusan digital itu penting dan itu akan difokuskan untuk belia-belia di Darau,” katanya.