Dewan Perniagaan Tionghua Papar Sokong Chee, Nafi Calon Payung Terjun

Dewan Perniagaan Tionghua Papar Sokong Chee, Nafi Calon Payung Terjun

0
SHARE

KOTA KINABALU: Dewan Perniagaan Tionghua Papar menolak dakwaan bahawa tokoh perniagaan Datuk Chee Chi Vun, yang berhasrat bertanding di DUN Api-Api atas tiket PKR, sebagai ‘calon payung terjun’, sambil menyatakan sokongan penuh terhadap beliau.

Presidennya, Cheoh High Weal, berkata Chee telah lama aktif di kawasan itu melalui perniagaan, kebajikan serta sumbangan dalam bidang pendidikan, pertubuhan Cina, agama dan sukan.

“Beliau dikenali di peringkat akar umbi sebagai individu yang komited membantu masyarakat. Kami bersama ahli-ahli dewan menyokong penuh hasrat beliau bertanding di Api-Api,” katanya.

Chee berterima kasih atas sokongan tersebut dan berkata melalui platform PKR dalam Kerajaan Madani, beliau mahu memperjuangkan lebih banyak kebajikan serta pembangunan untuk rakyat Api-Api.