THAILANDÂ – Seorang lelaki tergamak bertindak kejam dengan menyembelih isteri serta kedua-dua anaknya sehingga maut sebelum mencampakkan mayat mereka di bawah jambatan.
Perbuatan kejam tersebut dilakukan oleh seorang lelaki yang berusia 30 tahun dipercayai merupakan suami serta bapa kepada mangsa dan dikatakan berlaku di Croton, Thailand.
Ketiga-tiga mayat tersebut telah ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan berkenaan dalam keadaan memilukan serta amat mengerikan di bawah jambatan yang terletak berhampiran dengan Croton.
Penemuan mayat terbabit telah dilaporkan kepada pihak polis yang kemudiannya bergegas ke lokasi ketiga-tiga mayat itu ditemui.
Pihak polis yang sampai ke lokasi tersebut menemui sekujur mayat wanita dalam keadaan luka tikaman di rusuk kiri serta terdapat kesan kelar di bahagian leher.
Namun begitu apa yang lebih menyedihkan ialah keadaan anak lelaki suspek yang baru berusia 5 tahun yang ditemui dalam keadaan leher yang hampir putus serta tubuh badan yang penuh dengan kesan lebam dipercayai telah dipukul dengan menggunakan objek keras.
Manakala mangsa ketiga yang merupakan anak bongsu suspek yang berusia 2 tahun ditemui dalam keadaan terikat di dalam gulungan tikar dengan kesan cekikan di bahagian leher.
Walau bagaimanapun suspek telah berjaya ditahan pada petang semalam dalam keadaan khayal kerana dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.
Menurut keterangan yang diambil daripada suspek memaklumkan bahawa beliau telah membunuh isteri serta kedua anaknya itu sebelum mencampakkan mayat ketiga-tiga beranak tersebut di bawah jambatan dengan tujuan bagi menghapuskan jejak.