Chan Sambut Baik Arah Pendigitalan Sistem Parkir DBKK

Chan Sambut Baik Arah Pendigitalan Sistem Parkir DBKK

0
SHARE
Chan
Datuk Chan Foong Hin (tiga dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Datuk Seri Sabin Samitah ( Sumber Foto: Ihsan pejabat Ahli Parlimen Kota Kinabalu )

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Parlimen Kota Kinabalu Datuk Chan Foong Hin menyambut baik cadangan kajian untuk mengkaji pelaksanaan sistem parkir digital Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi menggantikan sistem kupon sedia ada.

“Memandangkan sistem sedia ada telah dilaksana sejak tahun 2014, sememangnya wujud keperluan untuk menaiktaraf dan memodenkan sistem parkir di Bandaraya Kota Kinabalu supaya ia dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada para penduduk dan pelancong.

“Kami berharap sistem digital ini akan diintegrasikan dengan penggunaan aplikasi pembayaran digital e-banking dan e-wallet yang semakin meluas seperti Touch ‘n Go, Sabah Pay, dan Grab supaya memudahkan pengguna jalan raya di Kota Kinabalu.

“Kami yakin dengan hasrat dan aspirasi yang dibawa oleh Mayor Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Bandaraya Kota Kinabalu akan menjadi sebuah bandaraya yang lebih mesra pengguna, cekap, hijau dan pintar,” katanya.

Chan yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) berkata demikian mengulas mesyuarat dengan Sabin pada Jumaat lalu.

Ia turut dihadiri Pembantu Menteri Kewangan II merangkap ADUN Likas, Tan Lee Fat dan Setiausaha Sulit KPK merangkap Ketua Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Kaven Lee.

Antara lain, katanya, mesyuarat tersebut turut menggariskan fokus kepada isu keperluan untuk meningkatkan keberkesanan mengurus permohonan dan aduan rakyat berkenaan jadual lori sampah, kekurangan tong sampah, lesen minuman keras, lesan menjaja di pasar malan.

“Kami juga mencadangkan pihak DBKK supaya menyokong dan mengiktiraf usaha Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Sabah dalam menjalankan program pemandulan anjing jalanan yang berkeliaran di pusat bandaraya,” katanya.