KM Hadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Bersama TYT Sabah

KM Hadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Bersama TYT Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Datuk Juliah Salag menghadiri Majlis Perjumpaan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah di Dewan Serbaguna, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, pada Rabu.

Ketibaan Hajiji pada jam 10.08 pagi disusuli keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Musa Aman bersama isteri, Datin Seri Faridah Tussin.

Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah itu, turut dihadiri oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M Yahya; Timbalan Ketua Menteri/Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Mohd Razali Wahab dan menteri-menteri kabinet negeri.

Pada majlis sama, Yang di-Pertua Negeri bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Beringgis dan kemudiannya memotong kek ulang tahun kelahiran.