
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas mendapat majoriti dua pertiga apabila memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), malam tadi.
Memetik sumber Berita Harian, kerusi yang dimenangi ialah DUN Chennah, Pertang, Sungai Lui, Klawang, Bahau, Lenggeng, Juasseh, Nilai, Lobak, Temiang, Sikamat, Ampangan, Pilah, Bukit Kepayang, Rahang, Seremban Jaya, Lukut, Repah, Sri Tanjong, Chembong, Gemencheh, Seri Menanti, Jeram Padang, Palong, Rantau, Mambau, Senaling, Johol, Kota, Chuah dan Linggi.
PN menang di Labu, Paroi, Bagan Pinang, Gemas dan Serting.
Semua pemimpin utama PH dan BN Negeri Sembilan turut memenangi kerusi ditandingi.
Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilapor memenangi kerusi DUN Sikamat tetapi jumlah undi belum dimuktamadkan setakat jam 10 malam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, menang di DUN Pertang manakala Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, mempertahankan kerusi DUN Rantau.





