Pemuda GRS Perkenal Pimpinan Baharu, Komited Perjuang Isu Anak Muda

Pemuda GRS Perkenal Pimpinan Baharu, Komited Perjuang Isu Anak Muda

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkenalkan barisan kepimpinan baharu bagi penggal 2026–2029 sebagai langkah memperkukuhkan organisasi dan memperkemaskan gerak kerja dalam memperjuangkan isu-isu yang menjadi keutamaan golongan muda di Sabah.

Ketua Pemuda GRS, Datuk Jonnybone J. Kurum berkata, pelantikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) baharu itu mencerminkan komitmen sayap Pemuda GRS untuk terus menjadi suara anak muda, selain memastikan pelaksanaan agenda pembangunan negeri dapat digerakkan dengan lebih tersusun dan berkesan.

Beliau berkata, mesyuarat pimpinan Pemuda GRS yang diadakan hari ini turut menyelaras gerak kerja organisasi serta membincangkan pelbagai isu semasa melibatkan perkembangan politik, ekonomi dan pembangunan negeri, di samping memperhalusi pendekatan bagi memastikan aspirasi golongan muda terus diberikan perhatian.

Pemuda GRS komited untuk terus menjadi suara anak muda Sabah dengan memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati rakyat, termasuk peluang pekerjaan, pendidikan, keusahawanan, pembangunan modal insan serta penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas yang lebih baik.

“Pemuda GRS juga akan terus mendukung agenda pembangunan kerajaan negeri demi memastikan masa depan Sabah yang lebih maju, stabil dan sejahtera,” katanya.

Dalam majlis sama, Jonnybone turut menyampaikan surat pelantikan kepada Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Pemuda GRS sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan struktur organisasi dan memperkemaskan pelaksanaan gerak kerja di semua peringkat.

Barisan Kepimpinan Baharu Pemuda GRS 2026–2029

Ketua Pemuda
• Datuk Jonnybone J. Kurum

Timbalan Ketua
• Datuk Azrul Ibrahim
• Datuk Dr. Christopher Mandut
• Ag. Zakariah Hj. Ibrahim
• Loong Kok Seng
• Datuk Lim Yin Kat

Setiausaha
• Dr. Zainuddin Sabu

Bendahari
• Datuk Mohd Ghazali Datuk Seri Panglima Hajiji

Ketua Penerangan
• Steve Datuk Johnny Mositun

Penolong Setiausaha/Setiausaha Kerja
• Melon Yaming

Ahli EXCO
• Mohamad Akram Abd Rauf
• Ismail Sabran
• Louis Lai Vui Leong
• Sahrol Mahoolop
• Alvin Lee Fook Lim
• Eric Hei Yuong Fu
• Wong Pak Kieng
• Muhammad Nazriansyah Mardiansyah
• Wan Muhammad Hijjaz Wan Suhaimy Iskandar
• Mohd Afifi Abd Taib.

Turut diumumkan ialah pelantikan Ketua Penyelaras Pemuda GRS bagi 25 kawasan Parlimen serta enam Ketua Zon bagi memperkukuhkan penyelarasan gerak kerja organisasi di seluruh Sabah.