PBB Bakal Bincangkan Isu Rohingya Hari Esok

PBB Bakal Bincangkan Isu Rohingya Hari Esok

0
SHARE

NEW YORK –  Isu keganasan di Myanmar yang memaksa lebih 300,000 penduduk etnik Rohingya beragama Islam melarikan diri ke Bangladesh bakal dibincangkan esok, pada mesyuarat Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Memetik kenyatan AFP, ia adalah susulan desakan Britain dan Sweden yang mahu Majlis Keselamatan mengadakan satu mesyuarat tergempar, berikutan insiden keganasan di Rakhine yang menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.