CEO Cabul Jururawat Semasa Dapatkan Rawatan

CEO Cabul Jururawat Semasa Dapatkan Rawatan

0
SHARE

SUBANG JAYA – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat terkemuka ditahan polis jam 9 pagi hari ini, Selasa, kerana mencabul jururawat ketika menerima rawatan di hospital swasta di Subang Jaya.

Menurut laporan Harian Metro, suspek ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Suspek berusia 58 tahun dipercayai mencabul jururawat berkenaan ketika menerima rawatan di hospital swasta Jumaat lalu.

“Polis sudah merampas kamera litar tertutup (cctv) di hospital berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut sumber, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan kejadian.