PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan saiz barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai seramai 28 menteri.
Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Anwar mengumumkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Menurutnya, barisan kabinet baharu terbabit bakal mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimana majlis angkat sumpah akan berlangsung jam tiga petang esok.
Sehubungan dengan itu, menurutnya beliau akan segera memanggil jemaah Menterinya untuk perjumpaan khas.
“Saya akan mengadakan pertemuan khas dengan menteri supaya beberapa peraturan dan hala tuju dan kaedah baharu dapat diperkenalkan dengan maksud untuk memusatkan segala usaha dalam kerajaan,” katanya…
Jumlah saiz Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Anwar dalam sidang media khas adalah lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan Persekutuan yang dibentuk sebelum ini.





