KOTA KINABALU, SABAH – Dua pemimpin wajah baharu dari Sabah membabitkan Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali dilantik sebagai Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Ewon bakal memegang portfolio Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi manakala Armizan bakal memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).
Pada jam 8:15 tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan seramai 28 orang menteri yang bakal menerajui barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang disertai 28 menteri.
Sidang media terbabit dilakukan di pejabatnya di Putrajaya.