34,380 Mangsa Banjir Di PPS Babit Enam Negeri

34,380 Mangsa Banjir Di PPS Babit Enam Negeri

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Seramai 34,380 mangsa banjir direkod masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir yang melanda enam negeri.

Memetik sumber Berita Harian, angka terkini membabitkan 10,416 keluarga itu direkodkan sehingga jam 8 pagi ini, dengan semua mangsa kini ditempatkan di 23 PPS yang dibuka.

Menurut laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan 17,298 mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai.

Setakat pagi ini, 17,298 mangsa daripada 5,769 keluarga direkodkan berlindung di lima PPS yang dibuka, diikuti Terengganu dengan 15,243 mangsa daripada 4,182 keluarga di lapan PPS.

Baki empat lagi negeri yang terjejas banjir ialah Perak dengan 69 mangsa daripada 17 keluarga di dua PPS diikuti, Johor dengan 32 mangsa daripada 10 keluarga di satu PPS.

Sementara itu di Sarawak , empat PPS dibuka dan membabitkan 1120 mangsa daripada 289 keluarga manakala di Sabah, tiga PPS dibuka yang menempatkan 618 mangsa daripada 149 keluarga.