Pelajar Ditawarkan RM58,162 Jika Tangguh Pengajian Di Universiti

Pelajar Ditawarkan RM58,162 Jika Tangguh Pengajian Di Universiti

0
SHARE

LONDON – Durian runtuh buat para pelajar di sini apabila ditawarkan dengan wang tunai sebanyak £10,000 pound (RM58,162) jika mereka menangguhkan kursus untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti of Exeter, England.

BBC dalam satu laporan memaklumkan bukan sahaja wang tunai, malahan turut ditawarkan penginapan percuma kepada mereka (bakal pelajar) jika bersetuju untuk menangguhkan pengajian selama setahun.

Menurut sumber, pekara ini adalah disebabkan bilangan pelajar yang memohon untuk belajar dalam bidang perubatan di universiti itu telah meningkat sebanyak 20 peratus (20%) pada tahun ini.

Para pegawai mahu mereka menangguhkan pengajian sehingga ke tahun depan bagi memberi ruang kemasukan jumlah pelajar yang dibenarkan mengikuti kursus perubatan tersebut.

Memetik kenyataan AFP, melalui pemberian wang tunai itu dan jaminan akan mendapat tempat pengajian di universiti berkenaan pada tahun depan, insentif tersebut akan mempengaruhi mereka untuk membuat keputusan menangguhkan pengajian.

Timbalan Naib Canselor universiti tersebut, Profesor Mark Goodwin dilaporkan berkata, terdapat peningkatan yang signifikan bilangan pelajar yang meletakkan menara gading itu sebagai pilihan utama untuk mempelajari kursus perubatan.

Menurutnya, jumlah pelajar yang memasuki universiti itu ditetapkan oleh kerajaan bagi memastikan pihak pengurusan menara gading tersebut menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada mereka.