KOTA KINABALU, SABAH – Nama pemimpin utama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM) atau ‘Huguan Siou’ Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah dicadangkan sebagai sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah yang seterusnya.
Perkara tersebut dicadangkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) melalui setiausaha agungnya Suman Yasambun.
Beliau berkata Pairin, 82, bekas ketua menteri, adalah seorang pemimpin dalam kalangan anak negeri dan boleh mewakili Sabah sepenuhnya sebagai ketua negeri seterusnya.
“Beliau menepati semua keperluan dan kami berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan namanya,” katanya dalam sidang media…
Suman berkata perkara ini tidak ada kena mengena dengan kaum atau agama, kerana beliau yakin topik ini akan mencetuskan perdebatan di kalangan masyarakat.
“Apa yang kita harapkan ialah Pairin dipertimbangkan untuk jawatan gabenor negeri apabila tamat tempoh jawatan ketua negeri sekarang, Tun Juhar Mahiruddin,” katanya.
Beliau juga berkata ini adalah sebahagian daripada usaha KDCA untuk memajukan hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).