Inkues Zara Qairina: Bahasa Makian Biasa di Asrama Tapi Zara Disentuh Fizikal

Inkues Zara Qairina: Bahasa Makian Biasa di Asrama Tapi Zara Disentuh Fizikal

0
SHARE

Oleh: Mirlen Axtius

KOTA KINABALU: Saksi kanak-kanak keempat dalam prosiding inkues kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, 13 tahun hari ini tampi memberi keterangan bahawa penggunaan bahasa kasar adalah perkara biasa di asrama.

Namun saksi menegaskan Zara tidak pernah disentuh secara fizikal oleh senior pada malam (15 Julai 2025) kejadian arwah disoal siasat mengenai kes kecurian di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Menurut peguam pelajar A, Joan Goh, saksi yang juga penghuni bilik (dorm) kejadian Zara disoal siasat berkata, Zara memang ada ditanya dengan suara perlahan tetapi beliau sendiri tidak mendengar jawapan kerana sedang membaca novel di atas katil ketika itu. 

Dia hanya terdengar perkataan kasar seperti “budu, sial aku la injak lah kepala ko”, jelas Joan Goh.

Jelas Goh lagi, saksi turut menafikan pernah melihat senior memanggil Zara dengan gelaran sembarangan atau mentertawakannya pada malam insiden.

Katanya lagi, beliau juga tidak mengetahui mengenai kewujudan sebarang surat yang didakwa dibawa masuk ke bilik pada waktu berkenaan.

Saksi kanak-kanak keempat yang didampingi ibunya ketika prosiding selesai memberi keterangan pada jam 11.30 pagi tadi.