Keadaan Jalan Sandakan-Sukau Memerlukan Tindakan Segera

Keadaan Jalan Sandakan-Sukau Memerlukan Tindakan Segera

0
SHARE

SANDAKAN: Patron Persatuan India Sandakan (Baru), Taren Sunil Manoharan, merayu pihak berkuasa segera memperbaiki Jalan Sandakan-Sukau demi keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau berkongsi pengalamannya mendapati banyak kawasan jalan yang berlubang dan tidak rata, berisiko menyebabkan kemalangan, termasuk kepada pemandu, penunggang motosikal, dan pejalan kaki.

Taren Sunil menekankan bahawa jalan ini penting bukan sahaja untuk penduduk setempat, tetapi juga sebagai laluan utama bagi industri pelancongan di Sukau dan kawasan sekitar.

“Keadaan jalan yang teruk ini memberi kesan negatif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menggesa pihak berkuasa dan kontraktor untuk segera menjalankan pembaikan yang teliti dan berkesan, demi mengelakkan insiden yang lebih serius.

“Kita tidak mahu menunggu sehingga ada yang tercedera atau kehilangan nyawa,” tambahnya.