Kes COVID-19 Di Sabah Terus Menurun Hari Ini

Kes COVID-19 Di Sabah Terus Menurun Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes COVID-19 baharu di Sabah menyusut sebanyak 54 kes berbanding semalam dengan catatan 118 KES hari ini.

Jurucakap perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kedudukan jangkitan menunjukan trend penstabilan yang baik.

“Hari ini hanya lima daerah mencatatkan kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu…

“Ranau yang mencatatkan jumlah kedua tertinggi kelmarin dengan 21 kes cuma merekodkan 2 kes baharu hari ini.

“Beaufort juga cuma mencatatkan 8 kes baharu (-11). Enam daerah tidak mencatat sebarang kes baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.

Beliau mengingatkan semua rakyat berperanan sebagai petugas ‘barisan hadapan’ dalam usaha negeri membanteras penularan virus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 17 (31)
Papar – 15 (21)
Tuaran – 15 (11)
Penampang – 13 (17)
Sandakan – 12 (17)
Beaufort – 8 (19)
Kota Marudu – 7 (3)
Putatan – 6 (5)
Tawau – 4 (3)
Lahad Datu – 3 (2)
Keningau – 3 (2)
Tenom – 3 (6)
Ranau – 2 (21)
Sipitang – 2 (0)
Kota Belud – 2 (7)
Tambunan – 1 (0)
Kuala Penyu – 1 (5)
Telupid – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (0)
Kunak – 1 (0)
Kudat – 1 (0)
Semporna – 0 (1)
Beluran – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)