Kes COVID-19 Sabah Melonjak Menghampiri Paras Angka 200

Kes COVID-19 Sabah Melonjak Menghampiri Paras Angka 200

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Angka jangkitan harian melonjak naik menghampiri paras angka 200 dengan 196 kes baharu, peningkatan sebanyak 53 kes berbanding jumlah semalam.

Menurut jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, beberapa daerah merekodkan jangkitan baharu yang tinggi.

“Jumlah jangkitan di Kota Kinabalu hampir mencapai tiga angka hari ini dengan 99 kes baharu, pertambahan 39 kes atau 65 peratus daripada jumlah semalam…

“Empat (4) daerah lain turut mencatat jangkitan baharu dua angka, iaitu Penampang 24 kes (-3), Tuaran 14 kes (+9), Lahad Datu 12 kes (+12) dan Papar 11 kes (+7).

“Sepuluh (10) daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan sepanjang tempoh 14 jam yang lalu,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Berdasarkan statistik terkini, beliau berkata angka jangkitan harian akan meningkat lagi.

Kadar positiv adalah tinggi iaitu 9.76 peratus bagi keseluruhan 2,828 sampel ujian hari ini.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus membudayakan pemakaian pelitup muka terutama apabila berada di kawasan yang sesak atau tertutup serta menjaga kebersihan diri sepanjang masa.

“Pemakaian pelitup muka bukan sahaja mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid, tetapi juga penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengan respiratori,” tegasnya.

Dalam pada itu, terdapat satu (1) kes dalam Kategori 3 dan 5 seta dua (2) kes dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (06 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 99 (60)
Penampang 24 (27)
Tuaran 14 (5)
Lahad Datu 12 (0)
Papar 11 (4)
Keningau 7 (2)
Tawau 7 (5)
Beaufort 6 (8)
Sandakan 5 (5)
Kota Marudu 3 (2)
Kota Belud 2 (1)
Kudat 2 (2)
Sipitang 2 (2)
Beluran 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kalabakan 0 (1)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (3)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (8)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (1)
Tambunan 0 (3)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (4)
Tongod 0 (0)