Kes COVID-19 Sabah Terus Menurun Hari Ini

Kes COVID-19 Sabah Terus Menurun Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 terus menurun dengan keseluruhan 163 KES dicatat hari ini iaitu 50 kes lebih rendah daripada jumlah kelmarin.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rata-rata jumlah kes baharu rendah di kebanyakan daerah.

“Sebanyak 16 daerah mencatat kes satu angka sahaja iaitu antara satu (1) hingga tujuh (7) kes…

“Tidak ada kes baharu di tujuh (7) daerah manakala hanya empat (4) daerah mencatat kes harian dua angka,” katanya dalam rumusan harian kes.

Empat daerah yang dimaksudkan adalah Kota Kinabalu 50 (+3), Penampang 34 (+16), Ranau 20 (+9) dan Putatan 13 (-2),” katanya.

Menurut beliau, seramai 161 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.

“Satu kes masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 4 dan tidak ada pesakit dalam Kategori 5,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (17 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 50 (47)
Penampang – 34 (18)
Ranau – 20 (11)
Putatan – 13 (15)
Papar – 7 (14)
Keningau – 7 (6)
Tuaran – 6 (18)
Kota Marudu – 5 (6)
Kota Belud – 4 (5)
Sandakan – 3 (7)
Semporna – 2 (0)
Sipitang – 2 (1 )
Beaufort – 2 (4)
Tawau – 2 (11)
Lahad Datu – 1 (0)
Kinabatangan – 1 (0)
Kunak – 1 (0)
Tenom – 1 (6)
Kalabakan – 1 (0)
Kudat – 1 (0)
Tambunan – 0 (36)
Kuala Penyu – 0 (3)
Beluran – 0 (3)
Telupid – 0 (1)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (1)
Tongod – 0 (0)