KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan baharu menurun kepada 176 kes iaitu 29 kes lebih rendah daripada kelmarin.
Secara keseluruhan lebih banyak daerah (13 daerah) yang mencatatkan peningkatan angka jangkitan daripada daerah (5 daerah) yang mencatatkan penurunan kes baharu.
Malah, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata lima (5) daerah yang sebelum ini bersih daripada jangkitan kembali merekodkan kes baharu termasuk Lahad Datu (+7) dan Kota Belud (+5).
“Hanya 12 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu berbanding 14 daerah semalam…
“Angka jangkitan yang lebih rendah di Sabah hari ini adalah disebabkan oleh penyusutan yang banyak kes baharu di Penampang (-45) dan Putatan (-14).
“Sebaliknya beberapa daerah mencatat kes baharu yang lebih tinggi, antaranya Tuaran (+6) dan Sandakan (+7),” katanya dalam rumusan harian kes.
Seperti yang diramalkan, jangkitan baharu direkodkan di Lahad Datu (+7) dan Kota Belud (+5) yang sebelum ini bersih daripada jangkitan.
Terdapat dua (2) kes dilaporkan berada dalam Kategori 4 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Julai 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 80 (88)
Penampang 19 (64)
Tuaran 15 (9)
Sandakan 12 (5)
Papar 9 (6)
Lahad Datu 7 (0)
Kuala Penyu 6 (4)
Beaufort 5 (3)
Kota Belud 5 (0)
Tawau 5 (3)
Kota Marudu 4 (1)
Tenom 4 (3)
Keningau 3 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kudat 1 (0)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (14)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tambunan 0 (4)
Telupid 0 (0)
Tongod 0 (0)





