KOTA KINABALU, SABAH – Trend angka kes meningkat terus ditunjukkan oleh Sabah apabila sekali lagi mencatat peningkatan sebanyak 2,583 KES baharu positif COVID-19 hari ini dengan Kota Kinabalu sebagai daerah kes tertinggi sungguhpun melihat penurunan kes.
Kes harian ini akan kekal tinggi untuk beberapa hari sehingga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengosongkan keputusan kes yang tertunggak, kata Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
“Kes tertunggak ataupun ‘backlog’ ini adalah kes yang didaftarkan lewat. Ia keputusan kes positif yang didaftar melebihi lima (5) hari setelah keputusan saringan diketahui…
“Hari ini 289 kes atau 11 peratus daripada jumlah 2,583 kes baharu adalah kes backlog,” jelasnya.
Kes positif daftar lewat didapati dari daerah Kota Kinabalu (188 kes), Penampang (58 kes) dan Putatan (40 kes).
Saringan kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada keseluruhan kes di Sabah iaitu sebanyak 1503 kes.
“Sebanyak 37 kes hari ini melibatkan mereka dalam tahanan (OKT)…
“Kategori 2 pesakit kekal kumpulan terbesar dengan 1449 orang , Kategori 1, 1045 orang, Kategori 3, 22 orang, Kategori 4, tiga (3) orang dan Kategori 5, lima (5) orang,” kata Masidi.

Menurutnya, JKNS kelmarin mencatat satu rekod baharu dalam keupayaan mereka memberi vaksin kepada penduduk Sabah dengan 62,365 dos dalam sehari.
Setakat semalam, 48.4 peratus penduduk dewasa negeri Sabah telahpun memperolehi satu dos vaksin dan 25.8 peratus penduduk telah melengkapkan dua dos mereka.
Berikut merupakan rumusan kes harian positif COVID-19 hari ini mengikut pecahan daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin (Rabu);
Kota Kinabalu – 475 (594)
Penampang – 302 (177)
Tawau – 240 (348)
Sandakan – 170 (150)
Tuaran – 163 (174)
Sipitang – 136 (82)
Keningau – 125 (153)
Lahad Datu – 121 (125)
Papar – 118 (75)
Putatan – 114 (42)
Beluran – 71 (23)
Kota Belud – 69 (81)
Kota Marudu – 59 (28)
Beaufort – 52 (46)
Kunak – 50 (20)
Tenom – 48 (82)
Kinabatangan – 40 (36)
Kudat – 34 (13)
Telupid – 32 (18)
Pitas – 32 (22)
Nabawan – 27 (9)
Tongod – 25 (20)
Kuala Penyu – 20 (6)
Ranau – 19 (16)
Semporna – 17 (21)
Kalabakan – 17 (47)
Tambunan – 7 (5)