KETUA MENTERI LAWAT JAHID JAHIM YANG BERANSUR PULIH

KETUA MENTERI LAWAT JAHID JAHIM YANG BERANSUR PULIH

0
SHARE
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong yang menziarah Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu petang kelmarin (7 Sept) bertanya khabar dengan Isteri Jahid, Datin Malianah Ugau...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melawat Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim di Hospital Queen Elizabeth (QEH) I di sini, petang semalam.

Beliau diiringi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong.

Hajiji yang tiba pada jam 5.20 petang kelmarin (7 Sept) disambut oleh Isteri Jahid, Datin Malianah Ugau dan keluarganya.

Hajiji meluangkan masa kira-kira 20 minit di hospital menziarah Jahid di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menemui keluarnya.

Malianah yang berterima kasih dengan lawatan Hajiji berkata keadaan Jahid semakin stabil dan pulih.

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, keadaan kesihatan Jahid semakin beransur pulih,” katanya.

Jahid difahami mengalami serangan jantung ringan ketika menjalankan tugas di Paitan, Beluran kira-kira dua minggu yang lalu.