SPEAKER DUN SABAH TOLAK SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN SEBATIK YANG DIHANTAR OLEH...

SPEAKER DUN SABAH TOLAK SURAT PERLETAKAN JAWATAN ADUN SEBATIK YANG DIHANTAR OLEH PARTI WARISAN SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Datuk Kadzim Yahya telah menolak surat perletakan jawatan ADUN Sebatik, Hassan Amir Gani yang telah mengisytiharkan untuk keluar dari Parti Warisan untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dengan keputusan terkini oleh Speaker tersebut untuk tidak mengisytiharkan kekosongan untuk DUN Sebatik, Hassan akan tetap menjadi ADUN.

Kadzim dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau telah membaca dengan teliti surat pengunduran diri yang diserahkan oleh Parti Warisan dan deklarasi berkanun oleh ADUN Sebatik untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu bagi DUN Sebatik.

Datuk Kadzim Yahya…

“Saya telah memutuskan bahawa tidak ada kekosongan di kerusi Sebatik, kerana perletakan jawatan yang tidak bertarikh adalah tidak sah dan bertentangan dengan dasar awam, setakat mana undang-undang yang ada sekarang.”

Kadzim juga menjelaskan bahawa surat perletakan jawatan yang tidak bertarikh di bawah undang-undang semasa adalah tidak sah dan bertentangan dengan dasar awam.

“Oleh itu saya tidak terikat untuk menerimanya,” katanya pada sidang media ringkas sebagai reaksi kepada surat perletakan jawatan ADUN Sebatik yang telah DIHANTAR kepada Speaker oleh Parti Warisan Sabah pada 02 Mac 2021 (Selasa).