KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT AJK PILIHAN KHAS KESELAMATAN PARLIMEN

KETUA MENTERI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT AJK PILIHAN KHAS KESELAMATAN PARLIMEN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pilihan Khas Keselamatan Parlimen ke-14 (Parliament Select Committee) di pejabatnya di Menara Kinabalu di sini, hari ini.

Jawatankuasa itu diketuai Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato Johari Abdul. AJK lain ialah Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong dan Ahli Parlimen Ledang, Encik Syed Ibrahim Syed Noh.

Selain mengunjungi Hajiji, AJK Pilihan Khas akan mendengar taklimat mengenai keselamatan oleh agensi-agensi penguatkuasa di Sabah, termasuk soal
pembangunan dan sosial ekonomi melibatkan kawasan sempadan negara.

AJK Pilihan Khas Keselamatan Parlimen Malaysia juga melawat Sarawak bagi tujuan yang sama.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Haji Safar Untong dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Ketua Menteri, Dato’ Armizan Mohd Ali.