
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri Majlis Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah di Padang Merdeka pada Isnin.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin turut berkenan hadir dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama selain menerima Tabik
Hormat Diraja.
Terdahulu Hajiji yang tiba pada jam 7.50 pagi disambut oleh Jawatankuasa Penganjur
Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri dan kemudiannya menerima Tabik Hormat
Pasukan Kawalan Kehormatan Utama di pentas utama Padang Merdeka.
Antara pengisian sambutan itu ialah acara menaikkan Jalur Gemilang dan Bendera
Sabah serta nyanyian Negaraku dan Sabah Tanah Airku, tiupan paluan akhir ” The
Last Post” oleh Polis Diraja Malaysia, persembahan khas Angkatan Tentera Malaysia
dan tiupan “Rouse”.
Antara yang hadir ialah Timbalan-Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey G.Kitingan, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Kadzim M.Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid
Jahid dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib, Timbalan-Timbalan Speaker DUN, Datuk Richard Yong We Kong dan Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong.
Hajiji turut mengiringi Juhar melawat pameran pasukan keselamatan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Muzium dan Arkib Negeri.