
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meluangkan masa melawat gerai pameran di Ekspo Antarabangsa Sabah 2023 (SIE2023) di sini, hari ini.
Beliau memulakan lawatannya di Thailand Pavilion, pempamer asing terbesar dengan 70
gerai dan lebih daripada seratus peserta pameran.
Duta Thailand ke Malaysia, Lada Phuma menyambutnya dan rombongan. Beliau juga diraikan dengan persembahan kumpulan tarian muda sempena Minggu Mini Thailand.
Hajiji juga turut singgah di Pavillion Brunei Darussalam, yang menduduki 26 gerai, Indonesia Pavillion dan beberapa gerai agensi negeri.
SIE2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) akan berakhir pada
24 September.
Wakil dan pempamer dari 21 negara berkumpul di ekspo terbabit untuk menghadiri ceramah perniagaan dan terdapat sekitar 300 buah gerai untuk mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan.
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe turut mengiringi Hajiji.





