KWSP Tidak Bercadang Benarkan Lagi Pengeluaran Menerusi Idea i-Ceria

KWSP Tidak Bercadang Benarkan Lagi Pengeluaran Menerusi Idea i-Ceria

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah dalam satu kenyataan semalam tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria seperti mana yang dicadangkan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menurutnya, sebagai pengurus dana persaraan perkara yang perlu diutamakan kini ialah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarumnya.

“Tiga skim pengeluaran iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra sudah pun berakhir di mana kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu…

Datuk Seri Amir Hamzah…

“Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara,” katanya selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 di sini semalam.

Terdahulu pada Selasa, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd. Salim Sharif mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan i-Ceria KWSP, iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir bagi membantu rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup.