
KOTA KINABALU, SABAH – Lebih 100 orang penduduk Kampung Sembulan menyertai Program Kesedaran “ Tiada Lagi Denggi” di Balai Raya Kampung Sembulan Lama, baru-baru ini.
Program terbabit merupakan anjuran Universiti College Sabah Foundation (UCSF) dengan kerjasama Pasukan Sokongan Teknikal Denggi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Persatuan Aedes Busters Sembulan dan Persatuan VCM Sabah dan Labuan.
Pensyarah UCSF, Sharmimiee Mohd Hussain berkata program itu merupakan salah satu Khidmat Masyarakat yang diletakkan dibawah kendalian Pusat Bahasa dan Pembangunan Generik UCSF.
“Ia bertujuan untuk menyemai semangat kesukarelawanan dalam kalangan para pelajar dan diketuai sendiri oleh pelajar UCSF, Dayang Nurin Nabilah binti Awang Indra dan dibantu oleh rakan-rakannya,” katanya.
Katanya, antara aktiviti pengisian Program Kesedaran “ Tiada Lagi Denggi” ialah derma darah, ujian saringan HIV atsu AIDS, saringan kesihatan, ceramah denggi dan promosi pendidikan dari UCSF.





