Lelaki Cedera, Lori Dan Hilux Terbabas Akibat Jalan Licin

Lelaki Cedera, Lori Dan Hilux Terbabas Akibat Jalan Licin

0
SHARE

SANDAKAN: Pemandu lori satu tan cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sendiri ke bahu jalan di Jalan Batu 28, Sandakan pada petang Jumaat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Rosemidian@Rosdi Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.21 petang. 

Katanya, laporan kemalangan jalan raya yang diterima melibatkan dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan lori satu tan.

“Kedua-dua kenderaan terbabas sendiri ke bahu jalan akibat permukaan jalan yang licin.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 20-an, iaitu pemandu lori tersepit di bahagian kaki, manakala pemandu Toyota Hilux tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Jelasnya lagi, pasukan Bomba kemudian bertindak mengeluarkan mangsa dan memberikan rawatan awal.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain wujud operasi kemudian ditamatkan pada jam 5.40 petang,” katanya.