Majlis Daerah Beluran Diminta Cari Peluang Baharu Tingkat Pendapatan

Majlis Daerah Beluran Diminta Cari Peluang Baharu Tingkat Pendapatan

0
SHARE
Joachim
Joachim (duduk, enam dari kiri) bergambar kenangan bersama dengan semua yang hadir dalam mesyuarat Lawatan Kembara PBT bagi Majlis Daerah Beluran ( Sumber Foto: Ihsan KKTP Sabah )

BELURAN, SABAH – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Joachim Gunsalam mahu Majlis Daerah Beluran mencari peluang baharu yang dapat meningkatkan pendapatannya.

Bagaimanapun beliau berkata, ini perlu dibuat tanpa menjejas atau memberikan kesan negatif kepada pemegang taruh (stakeholders).

Beliau turut menyarankan agar Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Majlis Daerah bekerjasama dalam projek atau program program keutamaan yang berimpak tinggi kepada pemegang taruh di Majlis Daerah Beluran.

Joachim berkata demikian semasa lawatan kembara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke Beluran pada Sabtu (22 Jun).

Beliau turut diiringi oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Jonnybone Kurum; dan Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Dr Jamili Nais.

Dr. Joachim telah diberikan taklimat oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beluran, Huil Binua di bilik mesyuarat Majlis Daerah Beluran.

Hadir sama semasa mesyuarat ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri; Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan yang juga ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding; ADUN Dilantik, Datuk Jaffari Walliam; Pegawai Daerah Beluran, Roger Appolonius dan juga Ahli-ahli Majlis Daerah Beluran.

Selepas itu, Dr. Joachim turut menghadiri Majlis Ramah Mesra Masyarakat Beluran yang dihoskan oleh Samad.