RANAU, SABAH – Seorang mangsa banjir yang terpaksa bermalam di tepi sungai Kampung Perancangan ekoran air deras semalam akhirnya berjaya dipindahkan.
Mangsa, Leonard Lawrence, 42, menyeberangi sungai dengan menggunakan jaket keselamatan dengan bantuan anggota setelah air mula surut hari ini.

Operasi menyelamat bermula pukul 1 tengah hari kelmarin namun menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba, keadaan arus sungai yang deras telah menghalang usaha pasukan penyelamat.
Walaubagaimanapun, mangsa tidak kelaparan dengan bantuan makanan yang diberikan menggunakan sistem tali pada 2.40 petang hari tersebut.

“Mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Perancangan Ranau menggunakan Ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pperasi ditamatkan pada jam 7.35 pagi tadi,” katanya dalam sebuah kenyataan.





