SAFMA Semarak Patriotisme, Jalur Gemilang Diserah

SAFMA Semarak Patriotisme, Jalur Gemilang Diserah

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (SAFMA) menyemarakkan semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan 2026 menerusi penyerahan Jalur Gemilang kepada Ahli Lembaga Pengarahnya.

Pengerusinya, Datuk Mohammad Mohamarin berkata, penyerahan itu melambangkan komitmen organisasi dalam memupuk semangat cintakan negara serta menghayati erti kemerdekaan.

Katanya, Jalur Gemilang bukan sekadar simbol, tetapi mencerminkan kedaulatan, perpaduan dan tanggungjawab rakyat dalam membangunkan negara.

Beliau turut menyeru warga SAFMA mengibarkan Jalur Gemilang dan menterjemahkan semangat patriotisme melalui integriti, produktiviti serta perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Hadir sama Pengurus Besar SAFMA Burhan Japar, Timbalan Pengurus Nesar Azis Ali Amat dan ahli lembaga pengarah lain.