Masidi Beri Insentif Vaksinasi Untuk Kawasannya Karanaan

Masidi Beri Insentif Vaksinasi Untuk Kawasannya Karanaan

0
SHARE
Masidi (duduk tengah) dan Amisah (dua kiri) bersama barisan pemimpin Karanaan...

RANAU, SABAH – “Angka jangkitan baharu COVID-19 yang sedang dalam trend penstabilan bukan semata-mata kerana keputusan saya sebagai Menteri yang bertanggungjawab sebagai Jurucakap COVID-19 Kerajaan Negeri Sabah, tetapi disebabkan oleh peranan segenap lapisan masyarakat yang sama-sama berganding-bahu dalam memastikan pelandaian angka ini dapat berlaku”.

Demikian intipati ucapan yang disampaikan oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun ketika merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Bersatu, Jawatan Ketua Kampung dan Kenduri Sambutan Bulan Ramadhan Kampung Lagkau bertempat di Mini Dewan Kampung Lagkau sini kelmarin.

Ujar Masidi lagi, Sabah juga adalah antara negeri dengan jangkitan baharu yang terendah di negara ini.

Masidi dan Amisah menyampaikan cendera hati kepada JPKK pada perasmian program Bersatu dan Kenduri Ramadhan Kampung Lagkau…

Dalam majlis itu, Masidi yang juga merupakan ADUN bagi kawasan Karanaan mengumumkan insentif berupa RM10,000 bagi 5 buah kampung terawal yang mana penduduknya mencapai 100 peratus vaksinasi lengkap dengan dos penggalak dan juga 5 buah sekolah rendah yang mencapai kadar 100 peratus murid divaksin khusus untuk DUN Karanaan.

Insentif tersebut merupakan usaha daripada wakil rakyat berkenaan untuk menggalakkan orang ramai untuk mengambil vaksin dan tidak mempercayai hasutan daripada segelintir pihak yang cuba untuk menggagalkan program vaksinasi kerajaan.

“Secara purata, lebih daripada 98 peratus mereka yang dijangkiti hanya berada dalam Kategori 1 dan 2…

Masidi dan Amisah menyampaikan cendera hati kepada JPKK pada perasmian program Bersatu dan Kenduri Ramadhan Kampung Lagkau…

“Statistik ini hanya tercapai setelah hampir seluruh penduduk negeri ini telah memperoleh vaksin,” kata Masidi.

Dalam pada itu, Masidi juga turut menyampaikan sumbangan berupa RM50,000 kepada JPKK Kampung Lagkau bagi tujuan baikpulih dan selenggara jalanraya yang rosak ekoran fenomena cuaca yang tidak menentu baru-baru ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ADUN Dilantik Datuk Amisah Yassin, Ketua Daerah Ranau KD Muhasip Hj Ruman, Ketua Kampung Lagkau, Taip Ahmat serta pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk kampung.