KOTA KINABALU, SABAH – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerima kunjungan hormat daripada delegasi Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) yang diketuai oleh Presidennya Tan Sri T. C. Goh di Pejabat Menteri Kewangan, sini kelmarin.
Dalam pertemuan tersebut, Masidi, yang juga Menteri Kewangan II dimaklumkan berkenaan acara lumba perahu naga FCAS ketujuh yang bakal berlangsung pada 3 Julai 2022 nanti dan akan dirasmikan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Menurut Goh, acara tersebut bakal disertai oleh lebih 130 pasukan, termasuk dari Filipina, Brunei, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan seluruh pelosok Negeri Sabah…
Selain itu, pada sebelah petangnya akan berlangsung majlis makan malam Tabung Pendidikan Huzaong yang bertujuan untuk mengumpul dana pendidikan sebanyak RM1.5 juta kepada 12 buah sekolah Cina di Sabah.