TENOM, SABAH – Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Kampung Kalandos Pangi di sini.
Melvin Junaidi, 12, ditemui kira-kira 33 kilometer dari mana bot yang dinaiki beliau karam di perairan Sungai Padas petang kelmarin.
Pegawai Operasi Bomba Daerah, PBK II KUP Soanny Samin berkata, penemuan itu dibuat orang awam pada jam 4.45 petang tadi.
“Mayat mangsa dibawa ke Kampung Binunuk untuk proses pengecaman oleh keluarga mangsa…
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
VIDEO yang menunjukkan deras air Sungai Padas yang telah menyebabkan bot mangsa karam…
Soanny berkata SAR bersama agensi bantuan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum itu ditangguhkan pada pukul 4 petang dan akan disambung esok.