KOTA KINABALU, SABAH – Usul peruntukkan RM13 juta bagi membaik pulih Kampung Sugud, Penampang, yang dilanda banjir lumpur akan dibentangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri esok.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata bencana alam pada 16 September lalu adalah jumlah isi padu hujan selama tiga (3) bulan yang jatuh dalam masa tiga (3) jam sahaja.
“Antara perkara yang akan dibincangkan adalah bagaimana Kerajaan Negeri dan Pusat harus bersedia dalam berhadapan dengan Monsun Timur Laut yang yang lebih teruk dan dijangka melanda pada hujung tahun ini…
“Selain itu, keperluan menyegerakan pelan mitigasi banjir akan dibawa ke dalam perbincangan,” katanya.
Abdul berkata hasil tinjauan beliau pada tapak kejadian dua hari lalu memberi pemahaman tentang kawasan yang bergeografi lembah.
“Sesi perbualan bersama seorang penduduk wanita 70 tahun mendapati bencana itu yang terburuk dalam 50 tahun beliau menetap Kampung Sugud…
“Sungai yang mengalir pada kampung tersebut macam parit, kecil sangat…bila hujan sejam dia boleh tampung tapi bila lebat lebih daripada tiga (3) jam ia tidak boleh dikawal lagi,” jelasnya.
Beliau berkata tanggungjawab tempatan itu terletak pada Jabatan Pengairan dan Saliran dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia di peringkat persekutuan.
“Bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi banjir seterusnya, 8000 petugas keselmatan di Sabah akan diatur gerak…
“Ini termasuk aset air dan darat yang diguna pakai dalam mengurangkan risiko ancaman kepada penduduk serta melincinkan proses penyelamatan dan pemindahan,” katanya ketika ditemui.