Selepas Alami Trend Penurunan, Sabah Kembali Catat Peningkatan Sebanyak 1,629 Kes COVID-19...

Selepas Alami Trend Penurunan, Sabah Kembali Catat Peningkatan Sebanyak 1,629 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan peningkatan kes COVID-19 baharu yang ketara dengan 430 kes lebih dari semalam menjadikan Ranau daerah dengan kes tertinggi.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 1,629 KES direkodkan pada hari ini.

“Sebanyak sembilan (9) daerah mencatatkan penurunan (kes), 15 daerah mencatatkan peningkatan, tiga (3) daerah iaitu Tenom, Kalabakan dan Kuala Penyu kekal dengan catatan sebagaimana semalam sementara daerah Kuala Penyu mencatatkan sifar kes,” jelasnya.

Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan tiga (3) kes mankala kawasan perbandaran lain merekodkan peningkatan kecuali Lahad Datu, Putatan dan Papar.

“Antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Ranau (+162) kes, Kinabatangan (+137) kes, Kota Marudu (+60) kes, Keningau (+36) kes, Kudat (+26) kes, Tuaran (+24), Sipitang (+21), Sandakan (+19), Penampang (+15) dan Kota Belud (+15)…

“Di Kinabatangan 157 daripada 167 kes baharu datang daripada tiga (3) kluster sedia ada di daerah tersebut,” jelasnya.

Daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Beluran (-25) kes, Telupid (-23) kes, Papar (-21) kes, Tongod (-12) kes dan Putatan (-11) kes.

Sebanyak 495 kes hari ini adalah kes daftar lewat antara dua (2) hingga melebihi lima (5) hari.

Masidi berkata, saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah 892 kes ataupun 54.8 peratus.

Beliau berkata jumlah pesakit tertinggi berada dalam Kategori 2 iaitu 847 kes (52%), manakala lapan (8) kes berada dalam Kategori 5.

Dalam pada itu, satu (1) kluster baharu dikesan di Keningau, Kluster Batu 46, di Tulid dengan jumlah 48 kes aktif.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (23 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Ranau – 193 (31)
Kinabatangan – 167 (30)
Kota Kinabalu – 153 (150)
Sandakan – 121 (102)
Kota Marudu – 114 (54)
Keningau – 102 (66)
Lahad Datu – 93 (100)
Tuaran – 87 (63)
Pitas – 79 (70)
Kota Belud – 64 (49)
Penampang – 62 (47)
Tawau – 55 (48)
Putatan – 52 (63)
Kudat – 43 (17)
Papar – 42 (63)
Nabawan – 33 (37)
Sipitang – 29 (8)
Tenom – 26 (26)
Tongod – 26 (38)
Telupid – 19 (42)
Tambunan – 18 (11)
Kunak – 17 (16)
Beluran – 11 (36)
Beaufort – 9 (14)
Kalabakan – 8 (8)
Semporna – 6 (10)
Kualan Penyu – 0 (0)