KOTA KINABALU, SABAH – Video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ‘Heraalex85’ memaparkan seorang pemuda yang baharu sahaja dibebaskan dari penjara yang mana kemudiannya terus dibawa menziarahi pusara ibu dan kakaknya yang baharu sahaja meninggal dunia tular di media sosial ketika ini.
Video tersebut yang dikongsikan oleh ribuan pengguna media sosial turut mengundang rasa sedih dan manakala ruangan komen turut dipenuhi dengan lontaran kata-kata beremosi sedih serta kata semangat kepada pemuda dan anggota keluarga pemuda tersebut.
Difahamkan, pemuda tersebut dibebaskan dari pusat tahanan pada 21 Sept lalu dan dia kemudiannya terus dibawa menziarahi pusara ibu dan kakaknya yang baharu sahaja meninggal dunia di Tanah Perkuburan Islam Sembulan Kota Kinabalu, Sabah.
Berikut merupakan beberapa tangkap layar (screenshot) lontaran kata-kata netizen yang penuh beremosi dan kata semangat buat pemuda tersebut pada ruangan komen aplikasi TikTok itu;