Penyelesaian Atasi Banjir Di Kemabong Perlu Segera – Rubin

Penyelesaian Atasi Banjir Di Kemabong Perlu Segera – Rubin

0
SHARE
ADUN Kemabong, Datuk Rubin Balang mengambil gambar bersama ADUN Tanjung Keramat, Ir Shahelmey Yahya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah...

KOTA KINABALU, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong, Datuk Rubin Balang berharap terdapat mekanisme penyelesaian menyeluruh dalam menangani segera isu banjir di daerah Tenom.

Beliau meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan negeri mengambil tindakan segera bagi membantu penduduk setempat yang diancam hakisan tebing Sungai Padas susulan banjir besar di kawasan Kemabong dan Tenom pada bulan Mei lalu.

Katanya, antara lokasi yang terjejas teruk adalah Pekan Kuala Tomano, Pekan Sungai Paal, Kg Batu Saga serta beberapa kawasan berpotensi dan terdedah akibat ancaman tersebut.

“Saya memohon supaya kerajaan mengambil tindakan segera untuk membina benteng hakisan demi keselamatan para penduduk dan pengguna jalan di lokasi dimaksudkan,” katanya.

Rubin berkata demikian dalam sesi perbahasan ke atas Ucapan Dasar Kerajaan yang disampaikan oleh Yang Di Pertua, Tun Juhar Mahiruddin, di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Mengulas lanjut, beliau menjunjung kasih terhadap ucapan kerajaan yang merangkumi pelbagai aspek jelas dengan melambangkan keperihatinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengemudikan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk membangunkan negeri ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah atas usaha menaiktaraf bekalan air bersih di Tenom dan khususnya di Kemabong, baru-baru ini.