Kerja Pembersihan Banjir Lumpur Di Penampang Masih Giat Dijalankan

Kerja Pembersihan Banjir Lumpur Di Penampang Masih Giat Dijalankan

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Sudah seminggu berlalu setelah banjir lumpur melanda beberapa kampung di daerah ini, namun kerja-kerja pembersihan masih giat diteruskan.

Tugasan tersebut melibatkan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) yang telah masuk hari ke-dua.

Pegawai Operasi, PBK II Banny Lim berkata, kerja pembersihan pasca banjir dibuat di jalan raya Kampung Sugud dan Sekolah Kebangsaan Kibabaig iaitu kawasan yang paling teruk terjejas.

“Jalan raya yang dipenuhi habuk lumpur beterbangan menjadi keluhan orang kampung…

“Pembersihan jalan raya dijalankan bersama dengan bantuan mesin jentolak dari JKR,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Operasi melibatkan pancutan air tekanan tinggi daripada tangki jentera bomba.

Katanya Balai Bomba Penyelamat (BBP) Penampang, BBP Kota Kinabalu, BBP Lintas, BBP Tuaran dan Akademi Bomba yang di ketuai oleh PKPgB Syahrumie Alidin turut berganding bahu.