KOTA KINABALU, SABAH – Satu mesej WhatsApp mula tular pada Selasa yang mendakwa presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal akan menjadi Ketua Menteri Sabah baharu kerana terdapat rancangan untuk menjatuhkan Datuk Seri Hajiji Noor.
Beberapa pemimpin dari Warisan, STAR, PBS mengyangkal kenyataan terbabit yang turut berkata kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibubarkan bagi membuka jalan kepada parti tempatan.
Empat parti yang dikatakan akan mendokong perkegarakan itu adalah Warisan, PBS, STAR dan Upko untuk secara kolektif dipanggil Blok Sabah.
Seorang pengguna Facebook “Tu Lah Tu” menyiarkan naratif yang lebih panjang di mana beliau menamakan Shafie, presiden STAR Jeffrey Kitingan dan Ketua Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin sebagai tunjang utama dalam apa yang dipanggil “Langkah Bukit Merah” untuk menjatuhkan GRS -kerajaan BN.
Bagaimanapun, menurut laporan FMT, khabar angin ini telah dinafikan oleh Jeffrey.
“Semua khabar angin untuk menjatuhkan kerajaan negeri Sabah pimpinan Hajiji melalui gabungan Warisan, PBS, STAR dan Upko hanya provokasi…
“Saya hanya tertanya-tanya siapa yang disebalik ini dan apakah motif mereka, kerana saya pastinya bukan sebahagian daripada permainan individu ini,” lapor sumber berkenaan.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking turut menolak khabar angin itu sambil mengatakan ia adalah “hasil imaginasi orang ramai”.
“Tiada perkara seperti itu. Bagaimana mereka boleh berfikir seperti itu di luar kemampuan (berfikir) saya,” katanya.
Naib Presiden PBS Arthur Sen berkata ini bukan kali pertama naratif sebegitu tular di media sosial, sambil menambah beliau percaya ia dilakukan oleh pihak tertentu dengan harapan menggugat kestabilan kerajaan GRS-BN.
“Khabar angin ini timbul kerana terdesak. Mereka tidak menghiraukan rakyat yang memberi mandat kepada GRS dan BN untuk mentadbir Sabah pada pilihan raya negeri lalu.
“Saya percaya ia juga merupakan strategi pengekalan kerana ada khabar angin mengatakan beberapa Adun mereka bercadang untuk bertukar pihak kepada GRS atau BN tidak lama lagi.
“Dengan memberitahu mereka bahawa Shafie akan menjadi ketua menteri seterusnya menawarkan insentif untuk kekal,” katanya.