TAMBUNAN, SABAH – Seorang pemandu lelaki patah kaki apabila hilang kawalan kenderaan Perodua Aruz lalu terbabas sendiri di bahu jalan Kampung Kirokot sini awal pagi tadi.
Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tambunan yang bertidak balas kepada panggilan kecemasan 12.12 itu bertindak mengeluarkan mangsa.
“Mohd Zulkhairul Sidik, 33, turut menerima rawatan awal dari anggota EMRS,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah yang menambah tiada litupan talian telefon pada lokasi.